Jangan Bazir Duit Untuk Pasang Sistem Alarm Di Rumah Atau Kedai lagi
1.KALAU BERLAKU KEBAKARAN, ALARM TAK FUNGSI PUN, BAIK JANGAN PASANG !

Alarm dalam pasaran tak ada fungsi sebagai pengesan haba dan asap. Kalau kebakaran berlaku pada siang hari, kita boleh dapat lari. Tapi kalau pada waktu malam, keluarga tidur nyenyak, macam mana pula?
Di pasaran, boleh dikatakan 99% buah rumah tidak mempunyai alarm yang mengesan kebakaran. Sepatutnya sistem alarm yang dapat mengesan kebakaran amat penting. Ini sepatutnya wajib semasa pasang alarm sistem. Tapi untuk jimatkan kos sikit, harta dan nyawa dipertaruhkan ! Sama seperti insuran, tak pakai tak tahu betapa penting. Tambahan pula, kos ini amat murah saja.
2. SELALU LUPA NAK AKTIFKAN ALARM? LEBIH BAIK TAK PAYAH PASANG ALARM! TAK PAYAH BAZIR!
Tiap-tiap hari kena aktifkan alarm sendiri,kadang-kadang ingat dan kadang-kadang tak.. akhirnya terbiar macam itu saja..
Kini, Smart Alarm sudah moden, canggih dan hebat pulak tu..Hanya set saja untuk buka dan tutup pada waktu tertentu! senang kan,,? malah ia sangat cerdik sampai tolong anda aktifkan alarm apabila di rumah tak ada orang.. sangat berteknologi kan??
3.ALARM ANDA KERAP GILA BUNYI BISING, TAK TAU APA PASAL! PASANG BUAT APA?

Alarm selalu bunyi sendiri, panggil orang mai check tak ada masalah pula..Alamak !
Kini, Smart Alarm sangat pintar kerana ianya sudah dilengkapi dengan sistem analisis sendiri.
Semua masalah yang berlaku boleh ditentukan melalui internet sahaja dengan menggunakan komputer! Masalah anda akan selesai dengan segera dan efektif. Kalau kita renungkan seketika dan pikir..zaman sekarang, nak check masalah kereta pon pakai komputer..dah tak ada lagi dah orang yang check secara manual kan..? Ketinggalan zaman la bagi yang masih menggunakan cara manual ni dengan peralatan outdate..Oopss..
4.PAKAI WIRELESS ALARM! MURAH DAN SENANG! SUDAH CUBA PAKAI BARU ANDA TAHU!

Baru beli pasti tak ada masalah, tapi lepas beli wirelessjadi lemah, bateri habis..lupa nak tukar.Tambahan pula, pencuri sekarang ni terlebih “advance” sampaikan nak pecah masuk rumah pon pakai “wireless jammer”! Ini adalah satu benda yang boleh menjejaskan wireless supaya ianya tidak boleh befungsi dengan betul. Tengoklah macam mana
Pasal ni lah kami syorkan pakai alarm yang mengguna kabel. Lebih tahan lasak !
5. PAKAI SISTEM ALARM YANG KETINGGALAN ZAMAN? KEYPAD YANG HODOH TAK SEPADAN DENGAN RUMAH YANG CANTIK.

Adakah sekarang anda masih pakai telefon berwayar untuk membuat panggilan? Masih tak menggunakan apps untuk control? Sekarang zaman sudah moden.. semua handphone sudah pakai “touch skrin”. Sekarang sudah 2016 bukan zaman 2000 lagi.. jadi jangan ketinggalan zaman ye..
Sekarang sistem alarm sudah dilengkapi siap dengan internet. Anda hanya perlu “touch” pada skrin telefon anda untuk buka dan tutup alarm.Jadi, jika berlaku apa-apa.. ianya akan diberitahu melalui apps anda, contohnya di whatsaap.Senang jerr..
6.ALARM BUNYI!! TAPI TAK TAHU MASALAH BERLAKU DI MANA? ADUH SAKIT KEPALA..

Tak tahu di mana tempat ada penceroboh? alarm berbunyi ? Ada apa? kucing ke? pencuri ke? atau ada sesiapa yang masuk ni..? Anak-anak dan ibu bapa ada di rumah.. Risaunya jika berlaku apa-apa kepada mereka. Tapi apa yang anda boleh buat? Anda sekarang di luar..
Jangan risau, Smart Alarm kini 2 dalam 1. Maksudnya kalau beli sistem alarm,ianya termasuk sekali dengan sistem CCTV. Apabila Alarm berbunyi, anda pasti tahu area mana yang bermasalah dan tengok video apa yang berlaku dengan serta merta ketika alarm sedang berbunyi.Canggih dan mudah kan..?
7.RUMAH ATAU PEJABAT SUDAH KENA PECAH MASUK? ALARM TAK BERBUNYI? APA NI..TAKUTNYA!

Kalau malang menimpa..tak takut apa? hanya takut penyamun-penyamun ada senjata? takut harta dan wang anda di rompak? Pernahkah anda terpikir yang perompak boleh merogol anak perempuan anda? memukul bapa anda? menikam ibu anda dengan pisau yang tajam..ngerikan?
Sepatutnya, sistem alarm perlu dan wajib bunyi sebelum penceroboh masuk ke halaman rumah anda lagi. Penyamun yang nak ceroboh rumah anda tu, baru saja pijak kawasan rumah anda..Alarm dengan serta merta akan bunyi. Bunyi yang kuat akan manakutkan dan menghalang mereka daripada cuba untuk masuk ke dalam rumah anda. betul tak? inilah baru cara yang betul kan?
8.75% PENCURI AKAN MASUK DARI BUMBUNG ! ALARM TAKKAN BUNYI, JANGAN BAZIR!

Pintu Keselamatan tebal, ada grill pon tak guna juga. Tempat yang paling senang masuk adalah bumbung. Kebanyakkan pemasangan alarm hanya terhad kepada pintu saja. Kalau ada pun pasang satu magnetic sensor dekat lubang tingkap dan siling. Aduh ! Pencuri sekarang pro, mereka juga boleh tendang mana-mana tempat yang lain! Lagipun mereka dah turun dekat tempat yang ada katil..lagi selesa..
Smart Alarm sudah ada cara untuk menangani masalah ini.Jangan bimbang ok!
9. KALAU PASANG ALARM, TAK DAPAT TENGOK PULA !
Nak pasang Alarm dulu atau CCTV? Macamna nak pilih? Kena bajet ni! Kalau pasang Alarm dulu tak dapat tengok pula apa yang terjadi tapi kalau pasang CCTV dulu tak ada fungsi alarm pula..urmm peningnya.
Kini Smart Alarm 2 dalam 1. Masa beli Alarm dah termasuk sistem CCTV.Paling best apabila kedua-duanya hanya pakai 1 apps untuk pantau apa yang berlaku!
10. REMOTE CONTROL SANGAT SENANG DI”COPY”(AIR COPY)
Ini bukannya apa, disebabkan teknologi terlalu canggih.. apabila kamu tekan butang remote control, orang yang ada berhampiran anda akan dapat “copy” dengan senang!
SMART ALARM dah dilenkapi dengan dengan remote control pintar untuk keselamatan supaya tidak dapat dicopy.
Kesimpulannya, Kalau kita pakai alarm yang biasa yang susah untuk digunakan, susah untuk kita tengok balik apa yang berlaku semasa Alarm bunyi, Alarm yang ketinggalan zaman.. lebih baik jangan pasang!
Setiap rumah mempunyai rekabentuk dan keadaan yang berbeza.Sebagai contoh, Rumah Teres, Corner Lot, Semi-D, Banglo dan Apartment..ada yang sangat senang panjat masuk dan ada juga yang mempunyai tingkap dan cermin yang besar.Jadi setiap tempat pemasangan alarm dan sensor adalah tidak sama bagi setiap rumah.
Tetapi,kebanyakan alarm dipasang oleh kontraktor wayar elektrik yang tidak mahir. Biasanya, kelebihan mereka hanya pandai tarik wayar elektrik. Semua teknik pemasangan alarm adalah sama, pintu hanya pasang magnetic sensor, tingkap hanya pasang vibration sensor di grill besi. Sebab senang dan tak perlukan kemahiran, tapi adakah ianya sesuai untuk semua jenis rumah?
Pasang Sistem Alarm perlu dirancang supaya senang dan mudah dipakai. Alarm sepatutnya mempunyai apps yang mudah agar anda tahu apa yang berlaku di rumah anda.